Tidak dapat dinafikan keadaan asal nursing pillow kekabu mungkin akan sedikit berubah selepas kerapkali digunakan...Mula2 siap bantal ni kelihatan sangat buncit dan keempukannya yang sejati belum terserlah sangat lagi..Tetapi apabila kerapkali digunakan ketinggian nursing pillow ni mungkin akan sedikit menurun bergantung kepada cara penggunaannya...Tetapi ia tidak menjejaskan fungsi nursing pillow ini malah boleh dikatakan ianya sangat fleksibel dan tidak merugikan...Bagi sesetengah orang ianya lebih memberikan keselesaan..
Untuk menjaga Nursing Pillow Kekabu ini anda perlulah selalu menjemur dibawah cahaya matahari dan pukul dengan rotan ke,atau apa2 bahan yang boleh digunakan supaya kekabu tersebut kembali mengembang serta dapat mengekalkan kegebuannya...Ia juga bertujuan untuk menyingkirkan debu dari kekabu yang dah hancur dan sebagainya...
Anda juga digalakkan mencuci sarungnya dengan kerap untuk tujuan kebersihan.
0 comments:
Post a Comment